Jawatan Kosong Di Hospital UMS, Orang Ramai Dipelawa Memohon

Hospital UMS pelawa orang ramai isi kekosongan jawatan

KOTA KINABALU: Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah (HUMS) mempelawa orang ramai yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi pelbagai kekosongan jawatan merangkumi jawatan-jawatan klinikal iaitu Jururawat, Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Farmasi dan Juru X-ray.

Menurut kenyataan HUMS, sejumlah 364 perjawatan telah diluluskan kerajaan pada tahun ini sebagai persediaan awal operasi hospital itu pada Disember 2020.

“Adalah dijangkakan kumpulan pertama kakitangan HUMS ini akan dapat melapor diri pada Oktober 2019.

“Sehubungan itu, individu yang layak dan mempunyai keperibadian yang baik sangat dialu-alukan memohon sesuai dengan visi HUMS untuk menjadi peneraju kepada penjagaan kesihatan termaju dan kesejahteraan melalui pemerkasaan,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan permohonan boleh dibuat melalui http://ejobs.ums.edu.my/ejobs.

HUMS dijangka turut akan menerima kelulusan bagi pengambilan kedua kumpulan kakitangan daripada kerajaan bagi tahun 2020 untuk memastikan operasi hospital itu dapat berjalan lancar pada hari pertama pembukaannya nanti.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *