Lelaki Maut, Proton Wira Dipandu Bertembung Lori Di Tawau

Keadaan kereta Proton Wira selepas kemalangan tersebut. – Foto Media Sosial

LELAKI MAUT, PROTON WIRA DIPANDU MANGSA BERTEMBUNG LORI 4 TAN

TAWAU; 3 JUN 2019 (Isnin) – Seorang lelaki maut dipercayai tersepit selepas kenderaan jenis proton wira dipandunya bertembung dengan sebuah lori 4 tan di Kampung Bombalai, Jalan Merotai dalam kemalangan membabitkan 3 kenderaan, petang tadi.

Mangsa Muhammad Sofian Jahali berumur 21 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.


Keadaan kereta Proton Wira dan lori selepas kemalangan tersebut. – Foto Media Sosial

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri dalam kenyataan berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.11 petang, sepasukan 5 anggota diketuai PBK II Zougrana Konin bergegas ke lokasi menggunakan sebuah jentera FRT dan sebuah jentera EMRS.

Foto BESTAWAUfm

Menurut ketua operasi, mangsa didapati tersepit pada kenderaan dipandunya dan berjaya dikeluarkan pasukan bomba.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian disahkan oleh pihak perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pasukan bomba melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan bagi memastikan tidak ada kemerbahayaan lain dan operasi ditamatkan pukul 5.55 petang.

SUMBER: #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *