Polis siasat penemuan mayat di kawasan semak di Sabandar, Tuaran dan kaitannya dengan kehilangan seorang pemandu Grab

KESAN darah yang dikesan di bahagian stereng kereta mangsa. -Foto sumber Facebook

KOTA KINABALU: Polis masih menjalankan siasatan mengenai penemuan mayat di satu kawasan semak di Sabandar, Tuaran, pada Isnin, dan kaitannya dengan kehilangan seorang pemandu Grab pada Ahad.

Polis sudah membawa mayat yang ditemukan itu ke hospital untuk bedah siasat.

Polis siasat penemuan mayat di Sabandar, Tuaran hari ini.

Sehingga berita ini ditulis, polis masih belum membuat pengesahan mengenai identiti mayat yang ditemukan itu.

Terdahulu dalam sidang media di sini, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata sampel darah yang ditemukan dalam kenderaan milik pemandu Grab yang hilang itu, sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisa lanjut.

Katanya, analisa berkenaan bertujuan mengenal pasti darah terbabit milik siapa.

Selain itu, sampel darah ahli keluarga terdekat mangsa turut diambil untuk dibuat perbandingan.

Polis siasat penemuan mayat di Sabandar, Tuaran hari ini.

“Setakat ini kita masih menjalankan siasatan sebagai kes orang hilang memandangkan mangsa masih belum dijumpai.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini boleh tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk membantu siasatan,” katanya.

Pada 26 Mei lepas, satu laporan polis dibuat mengenai kehilangan seorang lelaki yang juga pemandu Grab dikenali sebagai Mohd Hanafiee Jaffar, 27.

Kereta mangsa ditemukan di kawasan berhampiran Bazar Ramadan Indah Permai, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam Ahad.

Beberapa kesan darah turut dikesan di dalam kereta mangsa termasuk di bahagian stereng, brek tangan, pintu depan dan cermin. – Utusan Borneo

Foto Media Sosial Facebook
Foto Media Sosial Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *