Tumpahan raksa (merkuri) di SMK Perempuan Sandakan

SMK Perempuan Sandakan

SANDAKAN: Satu kejadian tumpahan raksa atau merkuri berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Sandakan, hari ini.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Bernardinus Jacob berkata kejadian berlaku apabila sebuah termometer penyukat suhu telah pecah di dalam bilik makmal sekolah tersebut.

SMK Perempuan Sandakan

“Pasukan Bomba bertindak membersihkan sisa tumpahan merkuri dengan menggunakan serbuk sulfur dan dimasukkan ke dalam disposable bag,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seterusnya, tumpahan merkuri tersebut diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan pelupusan.

Raksa atau merkuri, satu unsur kimia amat beracun dan boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan atau kematian sekiranya disentuh ataupun dihidu.

Sementara itu, BBP Sandakan menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 8.27 pagi dan menggegaskan seramai enam anggota bersama Bernardinus ke lokasi kejadian.

Operasi ditamatkan pada pukul 8.57 pagi. –SabahNewsToday

1413