Tiga Tokan Antara 12 Lelaki Ditahan AADK

Antara suspek yang berjaya ditahan AADK. – Gambar SNT/Ihsan AADK Beaufort

BEAUFORT: Tiga individu dipercayai sebagai tokan antara 12 lelaki ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), di sini hari ini.

Kesemua ditahan oleh penguatkuasa dalam satu operasi melibatkan empat kawasan iaitu Kampung Langkawit Papar, Baru Kimanis, Kuala Mandahan dan Taman Perumahan Johan.

Dua individu ditahan di sebuah rumah ketika operasi AADK. – Gambar SNT/Ihsan AADK Beaufort

Ketua Pegawai AADK Beaufort, Effanehwati Lakat berkata semua suspek yang ditangkap sekitar pukul 1.30 pagi sehingga 5.30 pagi itu melakukan kesalahan berdasarkan Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Rawatan dan Pemulihan 1983) kerana disyaki penagih dadah.

“Selepas penahanan dibuat, 10 suspek gagal dalam ujian air kencing yang dijalankan oleh AADK manakala dua individu lagi mempunyai rekod waran tangkap.

Siasatan lanjut mendapati, kesemua suspek berumur antara 22 hingga 48 tahun.

Sementara itu, Effanehwati menyeru kepada orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan dadah agar menyalurkan maklumat dengan menghubungi AADK Beaufort di talian 087-222667 atau tampil ke mana-mana pejabat AADK berhampiran. – SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *