Penunggang Motosikal Cedera Parah Terlibat Kemalangan Di Tawau

Motosikal dipandu mangsa mengalami kerosakan teruk manakala mangsa patah tulang paha kanan, patah tulang kaki kiri, pendarahan di bahagian kepala dan perut. Gambar BESTAWAUfm

TAWAU; 16 APRIL 2019 (Selasa) – Seorang penunggang motosikal berusia 25 tahun Cedera parah selepas tercampak ke bahu jalan kerana terlibat dalam kemalangan di hadapan simpang masuk ke sebuah sekolah menengah di Jalan Merotai Tawau, tengah hari tadi.

Pemangku Ketua Polis daerah Tawau, Supritendan Nor Azizulkifli Mansor dalam kenyataan berkata, dalam kejadian 1.15 tengah hari itu, mangsa yang mengalami patah tulang paha kanan dan patah tulang kaki kiri turut mengalami pendarahan di bahagian kepala serta perut.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila pemandu motokar berusia 26 tahun secara tiba-tiba bertindak memasuki ke simpang sekolah hingga menyebabkan mangsa terlanggar kenderaan terbabit.

Katanya, Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 43(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber : Facebook #BESTAWAUfm

Gambar BESTAWAUfm
Gambar BESTAWAUfm
Gambar BESTAWAUfm
278