PPM Tawau tahan enam lelaki langgar syarat lesen tangkap ikan

TAWAU, 7 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan sebuah bot nelayan serta enam lelaki warga Indonesia di perairan Tinagat dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata Bot itu ditahan anggota PPM yang menjalankan Ops Geloran di kedudukan dua batu nautika dari pesisir pantai berhampiran perairan Tinagat pada pukul 8 pagi.

Kesemua yang ditahan berumur lingkungan 30-an.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati suspek disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu memukat ikan kurang dari lapan batu nautika dari pantai.

“Bot berkenaan ditahan bersama hasil tangkapan pelbagai jenis ikan dengan anggaran berat 80 kilogram sebelum dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Pajeri dalam pada itu berkata pihaknya komited membanteras sebarang elemen jenayah di laut.

— BERNAMA

Anggota PPM Tawau memeriksa bot nelayan yang langgar syarat lesen. Pasukan Polis Marin W4 Sabah
Anggota PPM Tawau menahan bot nelayan yang langgar syarat lesen. Pasukan Polis Marin W4 Sabah
Anggota PPM Tawau memeriksa bot nelayan yang langgar syarat lesen. Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *