Gempa bumi lemah di Ranau

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 pada skala Richter berlaku di Ranau pada jam 4.05 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi menerusi kenyataan berkata, pusat gempa bumi terletak di 6.1 Utara dan 116.7 timur pada kedalaman 10 kilometer (km) berpusat di Ranau.

“Gegaran mungkin dirasai di Ranau sahaja dan Jabatan Meteorologi akan terus memantau keadaan ini,” kata kenyataan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *