Empat cedera nahas lima kenderaan

Salah seorang mangsa terbaring diatas rumput dan keadaan lori yang terbabas selepas merempuan kenderaan lain dalam kemalangan berhampiran bulatan Tun Fua, Jalan Bukit Padang, Kota Kinabalu.- Foto Ihsan Bomba

EMPAT cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan berhampiran bulatan Tun Fuad, Jalan Bukit Padang, Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, seorang daripada mangsa adalah pejalan kaki wanita yang cedera dirempuh kenderaan terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.50 petang.

Beliau berkata, tiga lagi mangsa lelaki adalah pemandu dan kelindan lori serta pemandu kereta Toyota Avanza.

“Semua mangsa diberi rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Maklumat berkenaan identiti semua mangsa masih belum diperoleh dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, malam ini.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada 6.50 dan keadaan lalu lintas sesak sehingga beberapa kilometer beransur pulih sejurus selepas kenderaan berjaya dialihkan. – Harian Metro

Foto Ihsan Bomba
Foto Ihsan Bomba
Foto Ihsan Bomba
Foto Ihsan Bomba
Foto Ihsan Bomba
Foto Ihsan Bomba
Foto Ihsan Bomba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *