Gerakan SAR mangsa lemas diteruskan

PIHAK bomba bersama orang ramai masih mencari seorang mangsa kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun disyaki lemas di Sungai Kampung Muanad 3, Beluran. – Foto ihsan bomba

BELURAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas hilang di Sungai Muanad, Kampung Muanad Tiga, di sini, semalam disambung semula pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, gerakan SAR mangsa Amanual Darius, 7, dimulakan jam 7 pagi tadi, selepas ditangguh jam 12.05 tengah malam.

“Pencarian melalui kaedah meninjau termasuk menggunakan bot sepanjang Sungai Muanad sehingga ke lokasi terakhir mangsa dilihat sudah dijalankan, semalam.

“Bagaimanapun mangsa belum ditemui dan SAR disambung semula jam 7 pagi tadi,” katanya hari ini.

Dalam kejadian jam 4.30 petang semalam, mangsa dilaporkan hilang di tebing sungai berkenaan ketika sedang bermain bersama rakannya. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *