Motac Sabah kesan dua premis penginapan jual pakej pelancongan secara haram di Semporna

Pekan Semporna

SEMPORNA, 31 Jan – Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Sabah merampas beberapa iklan pakej serta resit dari dua premis penginapan di Semporna yang didapati menjual pakej pelancongan secara haram kepada pelancong.

Pengarahnya Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata tindakan penguatkuasaaan itu dijalankan dalam pemeriksaan pihaknya keatas premis-premis perniagaan di sini yang disyaki menjual pakej-pakej pelancongan tanpa lesen.

“Hasil pemeriksaan ke atas enam premis, terdapat dua premis yang didapati menjual pakej pelancongan secara haram,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Zaki menjadi satu kesalahan bagi premis penginapan menjual pakej pelancongan tanpa lesen dan pesalah yang disabit kesalahan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua premis penginapan di Sabah agar tidak menawarkan pakej pelancongan tanpa lesen kepada pelancong domestik mahupun antarabangsa.

— BERNAMA

538