Tiga kampung terjejas banjir di Kota Marudu, 36 mangsa dipindahkan

Foto Ihsan Pembaca

KOTA MARUDU, 26 Jan –  Hujan berterusan sejak petang semalam menyebabkan seramai 36 mangsa daripada 11 keluarga terpaksa dipindahkan ke dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) di sini hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan pagi ini berkata kesemua mangsa berkenaan dari tiga buah kampung yang terjejas banjir iaitu Kampung Longob, Kampung Belianjung dan Kampung Mosolok.

“Setakat ini kesemua mangsa ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Kampung Longob dan Sekolah Kebangsaan Teritipan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu sehingga kini hujan turun masih berterusan dan terdapat sebuah jalan tidak dapat dilalui iaitu Jalan Gana KM5.7 kerana telah ditenggelami banjir manakala jalan-jalan utama yang lain masih boleh dilalui.

— BERNAMA

Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *