Seorang Kanak-Kanak Ditemui Mati Lemas Seorang Lagi Masih Hilang

Foto Ihsan Bomba

KOTA KINABALU : Mayat seorang daripada dua kanak-kanak yang dikhuariti lemas di sungai Kampung Cenderamata 2, Likas, ditemui berhampiran lokasi kejadian.

Mangsa Datu Aliudin Datu Aidar, 10, ditemui anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), JBPM Sabah jam 2.51 petang tadi.

Pasukan bomba kini giat menjalankan operasi mencari seorang lagi mangsa berusia 11 tahun.

Difahamkan, kedua-dua kanak itu dilaporkan lemas semasa mandi di sungai kampung berkenaan, jam 10.30 pagi.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, dua kanak-kanak berkenaan dikatakan mandi di sungai itu sebelum kelihatan terkapai-kapai dan hilang di dalam air.

Orang kampung yang dimaklumkan mengenai kejadian itu mencari mangsa di kawasan kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima maklumat jam 12.15 tengah hari sebelum sepasukan bomba dikerah ke lokasi kejadian.

“Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu kini berada di lokasi untuk gerakan mencari dan menyelamat.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa turut dilakukan anggota Unit Skuba,” katanya.

Difahamkan, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu turut berada di lokasi kejadian.

Anggota bomba mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa berusia 11 tahun mangsa yang dikhuatiri lemas di sungai Kampung Cenderamata, Likas
Foto Ihsan Bomba
239