10 lelaki warga asing aktif pecah rumah ditahan

Foto Facebook BES TAWAUfm

SEMPORNA, 25 Jan – Polis berjaya menyelesaikan enam kes pecah rumah yang berlaku di Semporna sejak awal tahun ini, dengan tertangkapnya 10 lelaki warga asing di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Peter Umbuas berkata kesemua suspek berumur 18 hingga 44 tahun itu ditahan di beberapa lokasi berasingan pada kira-kira 3 pagi.

“Kesemua suspek dipercayai aktif melakukan pelbagai kes pecah rumah dan curi di daerah ini dan hasil tangkapan itu, polis turut menemukan pelbagai barangan curi termasuk lima unit televisyen, decoder kamera litar tertutup (CCTV), tong gas serta gitar,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Peter berkata pihaknya masih memburu beberapa lagi suspek kes pecah rumah dan curi yang aktif di Semporna.

“Mereka ditahan ketika ini mempunyai rekod jenayah dan ada yang ditahan memang dalam senarai dikehendaki polis,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kejayaan tangkapan suspek kes pecah rumah itu hasil pewujudan Pasukan Petugas Khas melibatkan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Semporna bagi mengesan suspek yang terlibat dengan kes jenayah harta benda.

“Kes pecah rumah dan curi menunjukkan trend meningkat di Semporna sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai supaya terus menjadi ‘mata dan telinga’ pasukan keselamatan itu bagi membanteras semua elemen jenayah di daerah berkenaan.

“Di samping itu, sesiapa yang berkemampuan memasang CCTV di sekitar premis mereka adalah digalakkan,” katanya.

— BERNAMA

Foto Facebook BES TAWAUfm
Foto Facebook BES TAWAUfm
Foto Facebook BES TAWAUfm
Foto Facebook BES TAWAUfm
Foto Facebook BES TAWAUfm
Foto Facebook BES TAWAUfm
Foto Facebook BES TAWAUfm
Foto Facebook BES TAWAUfm
Foto Facebook BES TAWAUfm
Foto Facebook BES TAWAUfm
Foto Facebook BES TAWAUfm
Foto Facebook BES TAWAUfm
520