Kereta masuk sungai, lari dikejar polis

Kereta Perodua Kancil dipandu suspek kes samun terjunam ke dalam Sungai Sembulan di Kota Kinabalu, hari ini. Foto Ihsan Pembaca

KOTA KINABALU : Lelaki yang disyaki terbabit dalam kes samun di Taman Hiburan, Jalan Penampang, kelmarin ditahan polis selepas kereta Perodua Kancil dipandunya terjunam ke dalam sungai di Kampung Sembulan, Kota Kinabalu, hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, polis mengesan suspek di kawasan Sinsuran sebelum cuba dihampiri.

Bagaimanapun, menyedari kehadiran polis, suspek cuba merempuh anggota terbabit dengan kenderaannya menyebabkan pihak polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta terbabit.

Suspek kemudian melarikan diri dan sebaik tiba di kawasan Kampung Sembulan, kereta dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam Sungai Sembulan.

Anggota polis kemudian menahan suspek dan lelaki itu yang cedera kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Kelmarin, seorang wanita berusia 30 tahun parah akibat disamun di luar kawasan rumahnya di Taman Hiburan, jam 7.30 malam.

Kejadian itu menyebabkan mangsa kerugian wang tunai selain beberapa dokumen miliknya dilarikan. – Harian Metro

Kereta Perodua Kancil dipandu suspek kes samun terjunam ke dalam Sungai Sembulan di Kota Kinabalu, hari ini. Foto Ihsan Pembaca
Kereta Perodua Kancil dipandu suspek kes samun terjunam ke dalam Sungai Sembulan di Kota Kinabalu, hari ini. Foto Ihsan Pembaca
Kereta Perodua Kancil dipandu suspek kes samun terjunam ke dalam Sungai Sembulan di Kota Kinabalu, hari ini. Foto Ihsan Pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *