Geng Pecah Kedai MR DIY Tumpas Kurang 24 Jam

Gambar Facebook Polis Daerah Tawau

TAWAU – Tindakan pantas Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau berjaya menahan tiga lelaki tempatan memecah masuk sebuah kedai serbaneka MR DIY di One Arena, Jalan Chong Thien Vun, Tawau awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Bin Hj. Marsus berkata, pada 16.01.2019 jam 09.30 pagi, penyelia kedai tersebut menyedari dua kotak kosong diletakkan di hadapan kedai dan pintu masuk dalam keadaan terbuka.

“Hasil pemeriksaan di dalam kedai tersebut oleh penyelia kedai berkenaan mendapati terdapat beberapa jenis barang telah hilang dipercayai dicuri di dalam kedai tersebut,” katanya.

Bertindak atas maklumat dan pengecaman melalui kamera tertutup CCTV, kira-kira jam 2.15 pagi tadi bertempat di Sutera Heritage Inn, Jalan Bunga Tawau sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau telah menahan seorang lelaki tempatan dipercayai suspek yang terlibat dalam kes berkenaan.

Hasil soal siasat lanjut, suspek telah mendedahkan rakan sejenayah yang terlibat dengan dipandu arah menuju ke bilik sewa rumah kedai tidak bernombor di kawasan Batu 3, Jalan Apas, Tawau. Polis juga berjaya menahan seorang lagi suspek di sebuah rumah tidak bernombor di kampung Tinagat, Batu 6 Jalan Apas, Tawau.

Hasil maklumat yang diperolehi dari ketiga-tiga suspek dalam lingkungan 26 hingga 46 tahun itu telah mengaku terlibat dalam kes berkenaan. Polis juga turut menjumpai peralatan pecah rumah serta barang yang dicuri oleh suspek berkenaan.

Kedua-dua tangkapan tersebut dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut. Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat dibawah seksyen 457 Kanun Keseksaan. Polis juga turut merampas sebuah kenderaan pacuan 4 roda, wang tunai milik suspek, topeng mulut, telefon bimbit serta dadah jenis syabu.

Pemeriksaan ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methapithamine dan pemeriksaan rekod jenayah pula kesemua suspek juga mempunyai rekod lampau termasuk kes samun dan dadah. Kesemua suspek direman di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Jelasnya, masyarakat harus peka dalam perkembangan semasa dan dapat menyalurkan maklumat kepada Polis atau melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

Gambar Facebook Polis Daerah Tawau
Gambar Facebook Polis Daerah Tawau
Gambar Facebook Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *