Satu maut, dua parah pertembungan dua pacuan empat roda di Beluran

SANDAKAN, 6 Jan – Seorang maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan  membabitkan pertembungan dua kenderaan pacuan empat roda di Beluran, kira-kira 130km dari sini, pagi ini.

Foto Ihsan Bomba

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan diterima pukul 5.20 pagi dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Beluran bergegas ke tempat kejadian.

Mangsa yang cedera parah berjaya dikeluarkan dari kenderaan jenis Mitsubishi Triton, namun mangsa dalam satu lagi kenderaan iaitu jenis Toyota Hilux meninggal dunia di tempat kejadian.

Setakat ini, maklumat mengenai mangsa belum diperoleh dan kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala semua mangsa dibawa ke Hospital Beluran.

– BERNAMA

Foto Ihsan Bomba
Foto Ihsan Bomba
Foto Ihsan Bomba
Foto Ihsan Bomba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *