Polis Kota Kinabalu tahan 12 pati dalam operasi cegah jenayah

KOTA KINABALU, 6 Jan – Polis menahan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan seorang suspek dipercayai terlibat dengan aktiviti jenayah dalam operasi cegah jenayah, semalam.

Gambar Ihsan Polis Kota Kinabalu

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata operasi itu dijalankan di enam lokasi sekitar Kota Kinabalu sejak 4.30 petang semalam.

“Tumpuan lokasi operasi dijalankan adalah kawasan bandaraya bagi membendung kadar pertumbuhan pendatang tanpa izin yang boleh mengundang kepada kegiatan jenayah di daerah ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mereka yang ditahan termasuk dua wanita berumur antara 15 hingga 43 tahun akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Habibi berkata operasi yang berlangsung selama 10 jam yang berakhir pukul 2.30 pagi ini turut dibantu oleh agensi lain termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Angkatan Pertahanan Malaysia, RELA dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

“Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada balai polis berhampiran atau melalui  Facebook Polis Kota Kinabalu dalam usaha untuk membanteras jenayah, PATI dan gejala sosial di Kota Kinabalu,” katanya.

– BERNAMA

Gambar Ihsan Polis Kota Kinabalu
Gambar Ihsan Polis Kota Kinabalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *