Wanita warga emas sesak nafas, pitam di puncak bukit

SANDAKAN: Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu membawa turun seorang warga emas dari puncak Bukit Sim-Sim, Jalan Astana Heights, di sini, pagi tadi.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membawa turun seorang warga tua dari Puncak Bukit Sim-Sim, di Sandakan yang mengalami sesak nafas dan pitam ketika melakukan aktiviti mendaki bukit di kawasan itu. – Foto ihsan APM Sandakan

Wanita terbabit, Siti @ Normimah Lasim, 63, dikatakan ke bukit itu bersama anak lelakinya untuk aktiviti mendaki bukit kira-kira jam 7.30 pagi.

Bagaimanapun, mangsa sesak nafas dan pitam sebaik tiba di puncak bukit, sebelum anaknya mendapatkan bantuan kecemasan.

Ketua operasi, Koperal Abdul Sabri Indalbangsawan, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 8.45 pagi tadi, sebelum melaksanakan operasi yang membabitkan enam anggota.

Katanya, anggota APM mengambil masa kira-kira 20 minit untuk ke bukit terbabit sebelum membawa mangsa turun dan diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut.

“Kami mengambil masa kira-kira sejam untuk membawa mangsa turun menggunakan pengusung. Operasi tamat pada jam 11.21 pagi,” katanya. – Berita Harian

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membawa turun seorang warga tua dari Puncak Bukit Sim-Sim, di Sandakan yang mengalami sesak nafas dan pitam ketika melakukan aktiviti mendaki bukit di kawasan itu. – Foto ihsan APM Sandakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *