Penjual Dan Pembeli Syabu Ditahan Di Kampung ‘Ice Box” Tawau

TAWAU, 03 Januari 2019 – Polis menahan tiga lelaki berumur 27 hingga 38 tahun dalam satu serbuan di kawasan perkampungan atas air kampung titingan (ice box), semalam.

Gambar Facebook Polis Daerah Tawau

MAKLUMAT VSP – DADAH DIRAMPAS, 3 LELAKI DITAHAN POLIS

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Bin Hj. Marsus berkata dalam serbuan yang dilakukan sepasukan anggota Polis (IPD) Tawau telah menerima maklumat melalui Volunteer Smartphone Patrol (VSP) Kontinjen Sabah.

“Maklumat yang diterima berkaitan aktiviti jual syabu di kawasan berkenaan melalui aplikasi VSP Kontinjen Sabah, Polis telah menjalankan intipan dan pemeriksaan melalui maklumat VSP tersebut,” katanya.

Semasa intipan dibuat, pihak Polis ternampak seorang individu berada di bawah rumah dengan beberapa orang yang lain disyaki sedang menjual beli dadah, pada masa yang sama Polis terus menyerbu masuk menyebabkan suspek bertindak cuba melarikan diri dan akhirnya dapat ditangkap.

Pemeriksaan rapi tubuh badan lelaki berkenaan dan Polis tidak menemui sebarang dadah, pemeriksaan selanjutnya dijalankan dan Polis berjaya menjumpai 1 plastik putih jernih yang diletakkan di celah tiang rumah bersebelahan dengan suspek di bawah rumah berkenaan dan apabila dibuka terdapat sebanyak 184 paket plastik lutsinar pelbagai saiz didalamnya mengandungi hablur kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat lebih kurang 32.7 gram.

Suspek dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selain itu, di kawasan lokasi yang sama, Polis juga berjaya menahan dua orang lelaki warganegara asing lingkungan umur 29 tahun dipercayai terlibat dalam kegiatan dadah, suspek ditahan dibawa seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta seorang lagi lelaki warga asing lingkungan 29 ditahan dibawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, operasi yang bermula dari jam 2.00 petang hingga 8.30 malam itu dijalankan di dua lokasi berasingan di sekitar daerah ini.

Jelasnya, ibu bapa digesa terus memantau semua aktiviti anak-anak mereka dan masyarakat juga harus peka dalam perkembangan semasa dan dapat menyalurkan maklumat kepada Polis atau melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Gambar Facebook Polis Daerah Tawau
Gambar Facebook Polis Daerah Tawau
Gambar Facebook Polis Daerah Tawau
Gambar Facebook Polis Daerah Tawau
Gambar Facebook Polis Daerah Tawau
Gambar Facebook Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *