MBOR Iktiraf Pokok Krismas Berputar Tertinggi Di Imago Mall

KOTA KINABALU: Imago Mall diiktiraf Malaysia Book Of Records  (MBOR) hari ini kerana mencipta pokok Krismas berputar tertinggi dengan ketinggian 11.2 meter dan lebar 11.1 meter.

Pokok Krismas Berputar tertinggi di Imago.

Wakil MBOR menyerahkan sijil pengiktirafan itu kepada Pengarah Eksekutif Asian Pac’s Holding Berhad Dr Yu Tat Loong dan disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Christina Liew.

Pokok Krismas Berputar tertinggi di Imago.

Sementara itu, Liew dalam ucapannya menyeru rakyat Sabah supaya menjadi progresif, dinamik dan bingkas untuk mencatatkan kejayaan seterusnya pada tahun akan datang serta sentiasa mengambil kesempatan menggunakan platform yang disediakan kerajaan untuk melakukan yang terbaik.

Beliau juga menggesa rakyat negeri itu supaya menjadi inovatif dan kreatif memandangkan negara menuju ke arah menjadi negara maju.

“Kita menghampiri tahun baru dan kita perlu amat bersyukur. Hari esok yang lebih baik dapat dilakukan dengan bekerjasama, marilah kita semua berusaha dan bekerja dengan lebih gigih lagi untuk mencatatkan satu lagi tahun yang berjaya,” katanya.-SabahNewsToday

89