4 Maut Dalam Kemalangan di Jalan Telupid-Sandakan

Keadaan kenderaan selepas bertembung di Jalan Telupid-Sandakan.

TELUPID: Empat individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Jalan Telupid-Sandakan, di sini, kira-kira 7.30 pagi hari ini.

Identiti kesemua mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Nur Azlan Shah Jamaluddin, berkata keempat-empat mangsa yang berada di dalam kereta berjaya dikeluarkan anggota bomba dengan bantuan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menurut beliau, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan. Tiada liputan telefon di lokasi kejadian dan maklumat semua mangsa belum diperolehi,” katanya.

Usaha mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian dan identiti mangsa masih dijalankan.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *