Mayat Wanita Dikerat Tujuh : Warga Emas Suspek Utama Merupakan Tunang Mangsa – Polis

Suspek warga emas ditahan di HQEII Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU : Suspek utama warga emas yang ditahan berhubung kes pembunuhan wanita dan anggota badannya dikerat sebelum ditemui dibuang di tempat pembungan sampah di Taman Indah Permai, Sepanggar pada Khamis merupakan tunang mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, siasatan awal mendapati hubungan antara suspek utama dan mangsa yang berusia 40-an adalah sebagai tunang.

“Hasil soal siasat awal mendapati suspek utama mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan menyatakan motif dipercayai berpunca daripada perselisihan hubungan peribadi dan tuntutan wang pertunangan.

“Hubungan suspek dan mangsa dipercayai sebagai tunang. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Dalam kejadian itu, mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan anggota badannya dikerat sebelum dibuang di kawasan pembuangan sampah di Taman Indah Permai.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *