Van Klinik Pergigian KKM Bertembung Lori 10 Tan Di Tenom, 7 Kakitangan Selamat

Anggota bomba mengeluarkan pemandi lori selepas terbabit kemalangan dengan van klinik pergigian bergerak KKM

TENOM: Tujuh kakitangan pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menempuh detik cemas apabila van dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori 10 tan di Jalan Kampung Mamaitom, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, van berkenaan dipercayai dalam perjalanan untuk menjalankan program rawatan pergigian di kawasan pedalaman.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Penolong Penguasa Bomba Mudi Pengira berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.29 pagi sebelum sepasukan lima anggota digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan operasi mendapati kemalangan membabitkan sebuah van klinik pergigian bergerak KKM dan lori 10 tan dengan lapan mangsa terbabit.

“Seorang mangsa yang berada di dalam lori dikeluarkan pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa iaitu pemandu lori yang trauma kemudian diserahkan kepada ambulans untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Manakala mangsa lain termasuk pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.19 pagi selepas pasukan memastikan tiada lagi bahaya di kawasan kejadian,” katanya.

SumbeR: HMEtro

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *