Mangsa Banjir Di Sook Meningkat Kepada 392 Orang

KOTA KINABALU, 3 Mei : Jumlah mangsa banjir di daerah pedalaman Sook meningkat kepada 392 orang daripada 126 keluarga pada jam 8 pagi ini, berbanding 272 orang daripada 87 keluarga malam tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka di Dewan Kampung Ansip Tengah, menempatkan 117 orang daripada 39 keluarga.

Dua lagi PPS yang sedang menempatkan mangsa adalah:

  • Dewan SK Pekan Keningau 2206 orang daripada 64 keluarga
  • Balai Raya Kampung Molosok Dalit69 orang daripada 23 keluarga

“Sebanyak empat kampung terjejas akibat banjir di Sook,” menurut kenyataan itu.

Daerah Sook terletak kira-kira 147 kilometer selatan Kota Kinabalu, di pedalaman Sabah.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *