Wanita Maut, Kereta Dipandu Terbabas Di Kiulu

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. – Foto ihsan JBPM

TUARAN: Seorang wanita maut akibat tersepit selepas kereta dipandunya terbabas di Kampung Taginambur, Kiulu, di sini, malam tadi.

Dalam nahas pada jam 9.55 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Jita Jason, 36, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala dan anggota badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, berkata sepasukan 10 anggota bersama satu jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kira-kira jam 10 malam.

“Setiba di lokasi, mangsa yang ditemui tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas, namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mayat kemudian dihantar ke hospital Tuaran untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Abdul Qawie berkata, operasi ditamatkan pada jam 2.20 pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan. 0 BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *