Covid-19: Rekod Tertinggi, 9,180 Kes Baharu Dicatatkan Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan rekod tertinggi 9,180 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Jangkitan tertinggi sebelum ini 9,020 kes dicatatkan pada 29 Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini menjadikan 817,838 jumlah jangkitan yang direkodkan setakat ini.

Katanya, Selangor kekal negeri yang mencatatkan jangkitan tertinggi dengan 4,400 kes.

Diikuti Kuala Lumpur 1,271 kes, Negeri Sembilan (899), Kedah (417), Sarawak (406), Sabah (323), Johor (315), Perak (241), Melaka (222), Pahang (214), Kelantan (151), Pulau Pinang (142), Terengganu (82), Labuan (80), Putrajaya (16) dan Perlis (satu).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *