Ribuan Rakyat Sabah Banjiri KKIA, Sambut Ketibaan Tun Musa Aman

KOTA KINABALU: Ribuan rakyat Sabah menanti ketibaan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11, Tun Musa Aman yang dijangka tiba di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sekitar jam 11.30 pagi hari ini.

Tinjauan NSTP mendapati rakyat mula membanjiri perkarangan lapangan terbang seawal jam 8 pagi.

Selain rakyat tempatan, turut kelihatan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri.

Musa yang juga bekas Ketua Menteri Sabah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah baharu berkuat kuasa 1 Januari 2025.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Musa pada istiadat di Balairung Kecil, Istana Negara, semalam.

Musa, 73, dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sabah, bagi tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Dissember 2028.

Pelantikan Musa bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Januari 2011.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *