Tak Perlu Imbas MySejahtera Tapi Mesti Tunjuk Status Risiko Sebelum Masuk Premis, Kata KJ

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, pengunjung masih lagi perlu menunjukkan status risiko pada aplikasi MySejahtera sebelum memasuki mana-mana premis.

KUALA LUMPUR : Daftar masuk MySejahtera tidak lagi diperlukan mulai 1 Mei, tetapi pengunjung masih perlu menggunakan aplikasi itu untuk menunjukkan status risiko mereka sebelum masuk ke premis, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Kita tidak lagi perlu imbas kod QR MySejahtera tetapi ia masih lagi perlu untuk kita tunjuk status kita sama ada ‘low risk’ atau ‘high risk sebelum kita masuk ke mana-mana premis,” kata Khairy dalam video TikTok.

Sebilangan pemilik perniagaan membantah langkah kerajaan yang mahu mereka menyemak status risiko pengunjung di aplikasi MySejahtera.

Dua pemimpin kumpulan perniagaan turut bercakap mengenai risiko orang ramai memalsukan status MySejahtera untuk masuk ke dalam premis.

Naib Pengerusi FMBA Raymond Woo berkata, orang ramai mungkin menipu dengan menunjukkan tangkapan skrin status risiko rendah.

“Sebagai pemilik kedai, kami akan semak, tetapi tanggungjawab rakyat untuk memainkan peranan mereka,” katanya.

“Sukar untuk perniagaan menyemak sama ada ia daripada aplikasi atau tangkapan skrin.”

Rabu lalu, ketika mengumumkan perkara itu, Khairy berkata, pemilik premis perlu menyemak status risiko pengunjung di aplikasi MySejahtera dan tidak membenarkan individu dengan status “high risk” iaitu kes positif Covid-19 dan berada dalam tempoh kuarantin daripada memasuki premis.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *