Musa Aman Fail Permohonan Gugur 46 Dakwaan Rasuah, Pengubahan Wang Haram

KUALA LUMPUR: Bekas ketua menteri Sabah Musa Aman memfailkan permohonan untuk menggugurkan 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan konsesi balak, yang dihadapkan terhadapnya.

Permohonan itu dibuat dengan dasar dakwaan ke atasnya tidak berasas.

Peguam Musa, Francis Ng memberitahu perkara itu kepada hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Muhammad Jamil Hussin ketika sebutan kes hari ini.

Jamil kemudian menetapkan 22 dan 23 April untuk mendengar permohonan itu.Iklan

Beliau juga menetapkan tarikh baru bagi kes jenayah utama pada 14 hingga 18 Sept, 21 hingga 24 Sept, 26 hingga 30 Oktober, dan 10 hingga 27 November tahun ini.

Difahamkan tarikh tersebut mengambil kira jika mahkamah menolak permohonan Musa.

Ketika ditemui selepas prosiding, ketua DPP Umar Saifuddin Jaafar mengesahkan kepada media berkenaan permohonan itu, dan berkata ia dibuat mengikut Seksyen 173(g) Kanun Prosedur Jenayah.

Seksyen itu menyatakan mahkamah mempunyai kuasa untuk membebaskan tertuduh jika mendapati dakwaan terhadapnya tidak berasas.

Umar berkata, pasukan pembelaan Musa juga mencabar kes tertuduh mengikut Seksyen 82 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA).

Ia berkenaan soal mendakwa tertuduh bagi kesalahan di bawah akta itu jika kesalahan di buat di luar Malaysia.

Menurut Umar, peguam Musa berhujah bahawa kes terhadapnya tidak mengikut perlembagaan kerana peguam negara hanya memiliki kuasa unntuk prosiding jenayah, bukan pegawai diplomatik Malaysia di Hong Kong.

30 dakwaan rasuah Musa didakwa melibatkan kesalahan yang dibuat di Hong Kong serta beberapa negara.

Dakwaan itu melibatkan AS$50.1 juta manakala 16 dakwaan pengubahan wang haram melibatkan lebih AS$37.8 juta dan SS$2.5 juta.

Berkenaan 30 dakwaan rasuah itu, Musa atas kapasiti sebagai ketua menteri dan pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah pada masa itu, didakwa menerima AS$50.2 juta daripada lapan syarikat balak, untuk meluluskan konsesi balak kepada 16 syarikat.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di lapan bank dan institusi kewangan di Hong Kong, China, dan Singapura, antara 20 Disember 2004 hingga 6 November 2008.

Sumber: MalaysiaKini

2232