Pondan bogel `catwalk’ tengah kota

GELAGAT mak nyah warga Filipina berjalan dan berlari di pembahagi jalan berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, yang tular di media sosial, hari ini. Gambar Ihsan Pembaca

GELAGAT seorang mak nyah berjalan di pembahagi jalan dalam keadaan berbogel menimbulkan ‘gempar’ dalam kalangan pengguna jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi tadi, mak nyah warga Filipina berkenaan dikatakan berlari dan berjalan di lokasi terbabit tanpa seurat benang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Rudy Abdullah berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh orang awam.

“Kejadian difahamkan berlaku jam 11.15 pagi tadi. Berdasarkan maklumat yang diterima, mak nyah berkenaan dikatakan kurang siuman.

“Dia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya yang memaklumkan tiada laporan polis diterima berhubung kejadian itu.

Kejadian itu tular selepas dua video berdurasi 16 dan 44 saat dimuat naik di media sosial sejak petang tadi.

Dalam video yang dirakam oleh orang awam itu, mak nyah berkenaan dilihat berjalan dan berlari di pembahagi jalan di lokasi terbabit.

Malah, dia turut dilihat menari sambil memegang kemaluan dan cuba melintas jalan di lokasi berkenaan. Dia kemudian bertindak berdiri di atas sebuah kereta yang berhenti berhampiran lampu isyarat.

Gelagat mak nyah berkenaan menyebabkan ada di antara pengguna jalan raya membunyikan hon kenderaan mereka. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *