Prasekolah Akan Bermula Usia 5 Tahun, Darjah Satu Pula 6 Tahun Bermula 2027 – PM Anwar

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Bermula tahun depan, pendidikan prasekolah akan bermula pada usia lima tahun, sementara tahun satu pula bermula pada usia enam tahun.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun menjelaskan perubahan masih belum diwajibkan kepada ibu bapa, bagi memberi ruang kepada pelbagai pihak bersedia kepada persekitaran baru pendidikan, khususnya warga pendidik.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *