KV Keningau Anjur Bengkel Menulis Haiku Bersama Jurulatih dari UK

KENINGAU : Seramai 46 pelajar Kolej Vokasional Keningau telah menyertai bengkel menulis haiku iaitu sejenis format puisi yang berasal dari negara Jepun dengan jurulatih khas dari United Kingdom yang hadir secara maya iaitu Encik Alan Maley.

Encik Alan Maley merupakan seorang pakar pendidikan Bahasa Inggeris yang berpengalaman luas dalam penulisan sastera termasuklah puisi haiku.

Bengkel yang berlangsung pada 14 Oktober 2022 selama dua jam itu telah dilaksanakan melalui aplikasi Google Meet.

Sepanjang bengkel tersebut, para peserta didedahkan dengan konsep puisi haiku yang unik kerana ianya hanyalah terdiri dari tiga barisan ayat dengan suku kata spesifik iaitu lima suku kata bagi ayat pertama tujuh suku kata bagi ayat kedua dan lima suku kata bagi ayat terakhir.

Dua ayat pertama merupakan pembayang bagi ayat ketiga yang menyampaikan maksud atau mesej sebenar puisi tersebut.

Puisi haiku yang dianggap sebagai salah satu warisan budaya sastera negara Jepun selalunya bertemakan alam semulajadi.

Setiap peserta bengkel itu telah berjaya menghasilkan sekurang-kurang dua puisi haiku dalam tempoh dua jam sesi tersebut dan puisi-puisi ini akan disemak dan disunting sebelum diterbitkan dalam bentuk digital.

Pengarah kolej itu, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, menyatakan rasa gembira dengan perlaksanaan bengkel itu yang melibatkan jurulatih dari negara luar kerana ianya mampu meningkatkan keupayaan para pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan ini merupakan salah satu usaha guru-guru di kolej itu untuk memperkembangkan jalinan kerjasama antarabangsa.

Pautan rakaman bengkel itu boleh diakses melalui:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *