UPKO Kemuka Sembilan Cadangan Kepada Agong

UPKO menolak penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), seperti yang dicadangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar UPKO

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) meminta supaya Proklamasi Darurat ditamatkan segera lantaran dilihat tidak memberi nilai tambah kepada pengurusan kerajaan.

Hasrat itu disampaikan Presidennya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, secara maya pada Isnin.

UPKO menolak penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), seperti yang dicadangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar UPKO

Menurutnya, Proklamasi Darurat tidak memberikan nilai tambah kepada usaha membendung pandemik COVID-19, malah terbukti gagal sepenuhnya apabila kes melonjak naik berbanding pada awal pelaksanaan darurat.

“Ini bererti bahawa pelaksanaan darurat telah gagal untuk menangani COVID-19 kerana tidak ada beza sama ada wujud darurat atau tidak untuk mengani COVID-19 ini.

“Darurat tidak memberi nilai tambah kepada usaha kerajaan untuk tangani COVID-19. Oleh sebab itu, UPKO meminta supaya darurat ini ditamatkan dengan segera,” katanya dalam sidang media selepas sesi menghadap Al-Sultan Abdullah.

Selain itu, parti itu juga menolak penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), seperti yang dicadangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ini kerana MAGERAN ini tidak melibatklan rakyat dan Parlimen, sebaliknya, MAGERAN hanya bergantung kepada kebijaksaan ahli-ahli dalam majlis itu.

“Dengan kata lain, ahli majlis itu hendaklah seolah-olah macam malaikat… maknanya mereka tidak mampu membuat kesilapan, kerana apabila satu kesilapan, rakyat akan memberontak,” ujarnya.

UPKO menolak penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), seperti yang dicadangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar UPKO

Mengulas lanjut, beliau khuatir sekiranya kesilapan berlaku oleh pentadbiran MAGERAN, ia akan turut menjejaskan nama dan imej Yang di-Pertuan Agong.

Dua perkara tersebut menjadi antara sembilan perkara yang disembah maklum pada sesi menghadap yang bermula 2.15 petang tadi dan berkahir 20 minit kemudian. – AWANI

Berikut sembilan perkara yang disembah maklum oleh UPKO:

1. Darurat perlu ditamatkan dengan segera

2. Parlimen perlu dibuka semula dan kembali bersidang

3. Tubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang mencukupi

4. Wujudkan kestabilan politik melalui Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA)

5. Tolak cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

6. Segerakan inisiatif vaksinasi dan dilakukan secara inklusif

7. Utamakan bantuan kepada rakyat diperkemas dan disegerakan

8. Pemberian peranti komputer riba dipercepat dan capaian jalur lebar diperluas

9. Penyelarasan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan secara menyeluruh

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *