Kakitangan Awam Beragama Kristian Diberi Cuti Tanpa Rekod Sehari Sempena Good Friday

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui satu surat mengumumkan berita gembira apabila Kerajaan bersetuju memberikan cuti tanpa rekod sempena sambutan Good Friday bagi Pegawai Perkhidmatan Awam yang menganut agama Kristian.

Penjawat-penjawat berkenaan bakal menikmati cuti selama satu hari.

Bagaimanapun, cuti tanpa rekod tidak terpakai bagi mana-mana Pegawai Perkhidmatan Awam di negeri-negeri dimana  Hari Good Friday sudah disytiharkan sebagai hari kelepasan am.

Surat berkenaan dikeluarkan untuk perhatian Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Jabatan Persekutuan, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, semua Pihak Berkuasa Berkanun dan semua Pihak Berkuasa Tempatan.

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam

333