PPM Labuan Tahan Dua PATI Dan Nelayan Langgar Syarat Lesen

Gambar Ihsan Pasukan Polis Marin W4 Sabah

LABUAN: 9 Mac 2019 (Sabtu) – Pasukan Polis Marin WP Labuan telah berjaya menahan dua lelaki kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan dua nelayan yang melanggar syarat lesen Akta Perikanan 1985 dalam operasi berasingan pada awal pagi kelmarin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Hj. Mohamad Pajeri Bin Ali berkata, ‘Botronda PSC 1 Pasukan Polis Marin Labuan semasa menjalankan tugas ‘Op Gelora’ telah menahan sebuah bot nelayan di kawasan laut Pulau Enoe manakala sebuah lagi di kawasan laut Petronas Methanol Labuan.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati sebuah daripada bot nelayan tersebut dijuragani seorang lelaki warga asing termasuk seorang anak perahu adalah pemegang Pas Lawatan Sosial IMM13.

Juragan bot telah mengemukakan salinan Lesen Perikanan yang telah tamat tempoh. Kedua-dua nelayan warga asing yang berusia 25 dan 29 tahun ditahan bersama bot, peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan ikan lebih kurang 70 kilogram dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM19,510.00.

Dalam operasi yang sama hasil pemeriksaan ke atas sebuah lagi bot nelayan telah berjaya menahan seorang lelaki kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Lelaki warga asing yang berusia 22 tahun dan mengaku baru sebulan bekerja sebagai anak perahu di bot nelayan tersebut.

Menurut ACP Mohamad Pajeri Ali lagi, dalam satu lagi tugas berasingan iaitu semasa sepasukan Polis Marin Labuan dalam menjalankan tugas ‘Op Landai Khas’ di kawasan tebing laut Ujung Pasir WP Labuan telah menahan seorang lelaki warga asing tanpa dokumen pengenalan diri yang sah berumur 20 tahun.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Pangkalan Pasukan Polis Marin WP Labuan untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 11 (1) (b) Akta Perikanan 1985. – Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Gambar Ihsan Pasukan Polis Marin W4 Sabah
Gambar Ihsan Pasukan Polis Marin W4 Sabah
Gambar Ihsan Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *