PBRS Sokong Cadangan Zahid TPM

Presiden PBRS Fredie Sua berkata Ahmad Zahid Hamidi bukan saja layak tetapi memiliki pengalaman luas dalam mentadbir negara.

KOTA KINABALU : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyokong cadangan seorang pemimpin Umno yang mahu Ahmad Zahid Hamidi menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan perpaduan.

Cadangan itu dibuat Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii hari ini. Razlan berkata, berdasarkan hierarki Umno, Zahid sebagai presiden parti paling layak untuk jawatan itu.

Presiden PBRS, Fredie Sua, berkata jawatan itu harus diberikan kepada Zahid kerana Barisan Nasional (BN) adalah rakan utama dalam kerajaan diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Zahid bukan sahaja berkelayakkan tetapi memiliki pengalaman luas dalam mentadbir negara, kata Sua.

Katanya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu ada hak dilantik ke jawatan berkenaan kerana beliau belum disabitkan dengan apa-apa kesalahan di mahkamah.

Zahid kini berdepan pendakwaan di mahkamah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Sua berkata, kes mahkamah terhadap ahli politik antara cabaran perlu diselesaikan dan menambah, beliau yakin proses mahkamah dilaksanakan dengan adil. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *