Tragedi KRI Nanggala-402: Jumpa Kawah Misteri

Imej kawasan tinjauan dasar laut berdekatan bangkai KRI Nanggala-402. FOTO ihsan TNI Angkatan Laut

JAKARTA: Satu kawah misteri dengan diameter 38 meter (m) ditemui berdekatan bangkai kapal selam KRI Nanggala-402 yang tenggelam di perairan Bali.

Penemuan terbaharu itu dikesan Kapal Tan Suo Er Hao milik China yang membuat tinjauan bawah laut untuk mengangkat kapal selam itu ke daratan.

Panglima Komando Armada (Pangkoarmada) II Laksamana Muda Iwan Isnurwanto dalam satu sidang media pada Selasa berkata, kawah berkenaan mempunyai kedalaman antara 10 hingga 15 m.

Namun, katanya, isi kandungan kawah berkenaan belum dikenal pasti.

“Tan Suo Er Hao membuat tinjauan dasar laut yang dalamnya 839m dan apa yang mereka dapati daripada imbasan bawah laut dengan lebar 2.5m dan panjangnya 3.7m tidak jauh beza daripada data yang diberikan KRI Rigel.

“Melalui imej dipaparkan, kita juga boleh melihat bow section serta sail section yang ada tulisannya serta stern section.

“Pada masa sama, mereka menemukan kawah lebarnya kira-kira 35m dengan kedalaman 10 hingga 15 m yang sampai sekarang kita tidak tahu apa sebenarnya kawah itu,” katanya.

Katanya, hasil tinjauan itu Tan Suo Er Hao turut melaksanakan operasi menyelam dengan menumpukan kawah berdekatan bangkai KRI Nanggala-402.

“Mereka tidak dapat mengesan apa sebenarnya dalam kawah itu kerana keadaan gelap.

“Operasi menyelam tahap lima memfokuskan kawasan kawah dan memperluaskan pencarian imej sobnar untuk mencari bahagian pressure hull sepanjang 45m yang masih belum ditemui kedudukannya sampai sekarang,” katanya dalam laporan portal Detik.com.

Pada 21 April lalu, KRI Nanggala 402 terputus hubungan jam 4.25 pagi ketika dalam misi latihan penembakan torpedo sebelum dilaporkan pecah tiga bahagian di dasar laut perairan Bali serta mengorbankan semua 53 anak kapalnya. – Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *