Hikmah Covid-19, Indonesia Nikmati Kualiti Udara Paling Baik Selepas 28 Tahun

Kualiti udara di Jakarta, Indonesia dikhabarkan semakin baik baru-baru ini. Menurut The Jakarta PostThe Jakarta Environment Agency melaporkan bahawa kualiti udara bertambah baik sejak kota tersebut mengarahkan physical distancing.

Ianya dengan menggalakkan pejabat-pejabat untuk menghentikan operasi dan mengehadkan pengangkutan awam pada 23 Mac sebagai sebahagian langkah pencegahan wabak COVID-19.

Berdasarkan laporan itu lagi, Jakarta tergolong dalam kategori baik dengan nilai PM2,5 rata-rata 18,46 g / m 3. Angka dan pencapaian tersebut menunjukkan kualiti udara Jakarta adalah yang terbaik dalam tempoh 28 tahun ini.

Menurut USS Feed pula, Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) yang akan berlangsung selama dua minggu juga dianggap memiliki peranan penting yang secara tidak langsung ‘memaksa’ pengurangan dan pembatasan operasi kenderaan awam, kerana mereka memiliki peraturan yang jelas dalam pelaksanaannya.

“Hampir 28 tahun, kualiti udara di Jakarta berada dalam kategori baik,” kata Ahmad Safrudin, Pengarah Eksekutif Komisi Penghapusan Bensin Bertimbal (KPBB).

Ahmad Safrudin menjelaskan bahawa peningkatan keadaan udara di Jakarta terjadi setelah penjarakan sosial yang telah dijalankan lebih 20 hari.

”Sekiranya 10 hari pertama (16 Mac – 25 Mac 2020) tidak berjaya mengurangkan pencemaran udara di DKI Jakarta, maka berbeza dengan 10 hari berikutnya (26 Mac – 4 April 2020), pencemaran udara telah menurun secara mendadak sehingga kualiti udara menghampiri kategori baik ,” katanya.

Tetapi dia mengingatkan bahawa perkara ini hanya sementara, dan pencemaran boleh meningkat semula apabila keadaan kembali normal. Dia berharap momentum 20 hari dari pelaksanaan penjarakan sosial dapat memberikan mesej yang kuat untuk seluruh masyarakat.

“Tanpa perancangan kerja yang efektif dan cekap dalam proses pembangunan, industri, pengangkutan dan penggunaan tenaga, kualiti udara ini akan kembali merosot apabila jumlah kes COVID-19 menurun serta pemerintah kembali menjalankan ekonomi seperti biasa,” katanya lagi.

Sumber: The Jakarta PostUSS Feed, SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *