‘Saya Sudah Tidak Tahan!’ – Suami Belasah Isteri Dengan Kayu Besbol Sampai Mati, Bunuh 4 Anaknya

Seorang bapa didakwa membunuh isteri dan empat orang anaknya kerana tidak tahan dengan sikap isterinya yang suka berleter sehingga membuatkan dia rasa rimas dan tertekan.

Michael Jones, 38, membunuh isterinya, Casei Jones, 32, dengan menggunakan kayu besbol, sementara empat lagi anaknya berusia antara satu hingga 10 tahun dicekik atau dilemaskan sehingga mati. 

Perbuatan Jones terbongkar selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Brantley County, Georgia, pada 18 September lalu yang membawa kepada penemuan mayat Casei dalam keadaan mereput di dalam kenderaan itu, selepas polis terhidu bau busuk. 

Ketika disoal siasat, Jones berkata dia tidak tahan mendengar isterinya kerap berleter, menekan dan mengganggunya sejak rumah tangga mereka mula berantakkan kerana mangsa mengesyaki dia curang. 

Marah dengan tuduhan itu, Jones terus mengambil kayu besbol dan memukul Casei sehingga mati  pada 10 Julai. Beberapa minggu kemudian, Jones membunuh dua anaknya berusia 10 dan 5 tahun dengan cara mencekik dan melemaskan mangsa dalam tab mandi.

Beberapa hari kemudian, dia nekad untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa, tetapi gagal berbuat demikian dan pulang ke rumah untuk membunuh dua lagi anaknya berusia 1 dan 2 tahun dengan melemaskan mereka di dalam tab mandi.

Difahamkan, Jones menyembunyikan mayat kesemua mangsa dalam kereta sehingga 16 September lalu dia membawa kesemua mayat itu ke Charlton County untuk ditanam di tepi jalan. 

Ketika Jones dalam perjalanan ke Georgia Brantley County untuk menanam mayat isterinya, kenderaannya terbabit dalam kemalangan yang membawa kepada penemuan mayat Casei selepas polis terhidu bau busuk yang datang dari kenderaannya.

Ditanya kenapa empat anaknya turut menjadi mangsa, Jones menjelaskan kerana keempat-empatnya mempunyai kaitan dengan mangsa yang membuatkan dia marah.

Ketika disoal siasat, Jones berkata dia kini berasa lebih tenang dalam tahanan polis. 

Sumber: Mirror

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *