Tiada Keperluan Bagi Pas Sementara Sabah (PSS)

Datuk Jahid Jahim. Gambar SNT/datu Ruslan Sulai

Tiada keperluan bagi PSS- Jahid

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri dan pusat digesa berbincang serius dengan Kerajaan negara Filipina untuk menyokong usaha pemberian dokumen perjalanan sah kepada warga mereka yang berada di Sabah.

Ditambah dengan pemerkasaan penguatkuasaan di Pantai Timur bagi menghalang pendatang tanpa izin daripada membolosi pintu masuk negara, Adun Tamparuli (PBS) Datuk Jahid Jahim percaya tiada lagi keperluan bagi Pas Sementara Sabah (PSS) dilaksanakan pada tahun depan.

Menurut beliau baru-baru ini Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur telah datang ke sini untuk mendaftarkan warga mereka yang berada di Sabah secara tidak sah mendapat sambutan hangat.

“Laporan akhbar menunjukkan hampir 500 warga Filipina datang sehari awal menunggu kaunter pendaftaran pihak kedutaan dibuka walaupun akhirnya terpaksa tidak diteruskan atas sebab-sebab tertentu,” katanya dalam ucapan perbahasan Bajet Negeri 2020 di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Jahid mengambil contoh tindakan undang-undang yang diambil terhadap 72 warga China yang didapati menyalahi Akta Imigresen dan berada secara haram di Sabah.

“Tindakan yang diambil adalah menghantar mereka balik ke negara asal. Maka Akta yang sama bolehlah digunakan bagi warga Filipina yang menjadi PTI di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Jahid berkata sekiranya kesemua peraturan termasuk Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar dipatuhi beliau tiada halangan dengan pembinaan Empangan Papar.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *