BN, PH Sepakat Kerjasama Hadapi PRN Sabah

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sepakat menjalinkan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat kepimpinan tertinggi melibatkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 8 Mei lalu.

Menurut kenyataan bersama Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, bentuk kerjasama itu termasuk rundingan pengagihan kerusi serta perbincangan dengan parti lain di negeri tersebut.

“Segala keputusan berkaitan kerjasama ini akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi BN dan PH di peringkat kebangsaan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, BN Sabah mengesahkan hasrat untuk bertanding di 40 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi, manakala baki 33 kerusi dikatakan akan diperuntukkan kepada Pakatan Harapan (PH), namun Presiden UMNO menegaskan bahawa kenyataan tersebut masih pramatang kerana rundingan agihan kerusi masih berjalan.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *