Warga Filipina Dipenjara Guna Kad Pengenalan Orang Lain

Ray dipenjara 12 bulan kerana menggunakan kad pengenalan orang lain.

MELAKA : Buruh kontrak warga Filipina dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, selepas didapati bersalah menggunakan kad pengenalan milik orang lain selama 15 tahun

Tertuduh, Ray Baintong, 45, mengaku bersalah terhadap tuduhan menggunakan kad pengenalan orang lain atas nama Sulaiman Hamran beralamat di Paya Rumput, Sungai Udang, di sini, pada 27 Januari tahun lalu, jam 11.50 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Majistret Nurul Asyikin Rosli dalam penghakimannya menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap Rosli selepas meneliti fakta kes, rayuan tertuduh dan hujah pendakwaan bagi pemberatan hukuman.

Majistret Nurul Asyikin Rosli dalam penghakimannya menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap Rosli selepas meneliti fakta kes, rayuan tertuduh dan hujah pendakwaan bagi pemberatan hukuman.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian tertuduh ditahan ketika hadir di Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Melaka untuk menukar kad pengenalan baharu sebelum dirujuk ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN kerana nombor MyKad dimiliki sudah disenarai hitam dan diragui oleh petugas kaunter.

Hasil semakan nombor kad pengenalan dimiliki tertuduh pada sistem LU2 (Logical Unit 2) mendapati ia disenarai hitam oleh JPN Sabah kerana sijil kelahiran adalah kepunyaan orang lain.

Tertuduh mengaku mendapatkan sijil kelahiran dengan bayaran RM3,000 ketika di Kota Kinabalu, Sabah pada 2003 sebelum datang ke Semenanjung Malaysia.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon hukuman ringan kerana mahu pulang segera ke negara asal.

Pegawai Pendakwa JPN, Ahmad Amirul Ahmad Jamal bagaimanapun berhujah supaya hukuman berat dikenakan kerana tertuduh terbabit sindiket pembelian cabutan sijil kelahiran yang seterusnya mengakibatkan penghasilan Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas).

Menurutnya, maklumat MyKas itu digunakan tertuduh selama 15 tahun untuk mendapatkan kad keselamatan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) untuk bekerja, mendapatkan Lesen Memandu Malaysia dan kemudahan diperuntukkan untuk rakyat Malaysia iaitu vaksin dos 1,2 dan penggalak.

“Justeru, pendakwaan memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman berat dan setimpal atas jenayah dilakukan kerana ia mengancam keselamatan negara,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *