7,276 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Angka harian kes COVID-19 terus berada di bawah 8,000 apabila sebanyak 7,276 jangkitan baharu dilaporkan, hari ini.

Bagaimanapun, ia mencatat sedikit kenaikan berbanding 6,709 kes baharu direkodkan, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu membawa kepada jumlah keseluruhan 2,353,579 kes COVID-19 di Malaysia, setakat ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *