Brazil Gantung penggunaan 12 Juta Dos Vaksin Sinovac

SAO PAULO: Pengawal selia kesihatan persekutuan Brazil, Anvisa semalam menggantung penggunaan lebih 12 juta dos vaksin COVID-19 dibangunkan China Sinovac Biotech Ltd berikutan vaksin dihasilkan di kilang tidak dibenarkan.

Anvisa menjelaskan pihaknya dimaklumkan oleh Saantan Paulo Butantan Institute, sebuah pusat bioperubatan yang bekerjasama dengan Sinovac untuk proses pengisian bahawa 25 kumpulan atau 12.1 juta dos yang dihantar ke Brazil dihasilkan di kilang itu.

“Unit pembuatan tidak diperiksa dan tidak dipersetujui oleh Anvisa dalam penggunaan kecemasan vaksin berkenaan, kata badan pengawal selia itu.

Penggantungan itu adalah tindakan pencegahan bagi mengelak penduduk terdedah kepada risiko.

Butantan juga turut memaklumkan bahawa 17 kumpulan lagi dengan keseluruhan berjumlah sembilan juta dos dihasilkan di kilang sama dan dalam perjalanan ke Brazil.

Dalam tempoh 90 hari penggantungan itu, Anvisa akan berusaha untuk memeriksa kilang berkenaan dan mengetahui lebih lanjut mengenai keselamatan proses pembuatannya.

Ketika pelancaran program vaksinasi Brazil awal tahun ini, sebahagian besar vaksin yang diberikan adalah daripada Sinovac.

Brazil semalam melaporkan 21,804 kes baharu dan 692 kematian akibat COVID-19.  – Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *