
PUTRAJAYA: Sebanyak 23 lagi lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 25 Ogos hingga 7 September ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad berkata dalam kenyataan, 23 lokaliti dikenakan PKPD itu susulan penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).
Pelaksanaan PKPD di Sabah bermula 25 Ogos hingga 7 September adalah seperti berikut:
- Enam lokaliti di Kota Kinabalu babitkan Kampung Cenderamata 2, Kampung Cempaka, Likas, Kampung Inanam Laut, Kampung Kelingau, Kampung Lapasan dan Taman Kuala Menggatal.
- Empat lokaliti di Penampang, iaitu Delta Height, Kampung Sindaanan, Rainfield Gerden, Malu Kota Lights Industry, Jalan Lama Penampang.
- Empat lokaliti di Tawau, melibatkan Kampung Tanjung Batu Tengah, Taman Ranggu Saujana, Kampung Sungai Tamang Pulai Sebatik dan Tanjung Batu Laut, Logpon.
- Tiga lokaliti di Kinabatangan iaitu Kampung Pelangi, Kampung Sri Manis dan Ladang Sungai Pin.
- Dua lokaliti di Lahad Datu, babitkan Perumahan Ladang Felda Sahabat 55 dan Taman Perumahan Satu.
- Dua lokaliti di Papar iaitu Taman Limauan,Kinarut dan Kampung Mondikot.
- Ladang Mawang, Kalabakan.
- Kem Sawmill,Kilang Papan Mengayam Sri Arjuna, Sipitang.
Lanjutan PKPD di Sabah hingga 31 Ogos dan 7 September:
Taman Kinarut Ria, Papar dan Kampung Kota Tuaran, Sabah (hingga 7 Sept).
Penamatan PKPD di Sabah pada 24 Ogos:
- Dua lokaliti di Tawau, Sabah, iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Balung dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Titingan.
- Kem 2 Tolokoson, Tenom, Sabah.
- Kampung Sarikan, Nabawan, Sabah.
- Dua lokaliti di Tuaran, Sabah iaitu Kampung Lapasan dan Kampung Timbok.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost