3 Kes Baharu Varian India Dikesan Di Labuan : Noor Hisham

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya.

KOTA KINABALU: Tiga kes baharu Covid-19 varian India telah dikesan di Labuan, kata ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Menurut beliau, survelan genomik untuk virus SARS-CoV-2 dijalankan secara berterusan dan dari 24 Mei 2021 hingga 4 Jun 2021, sebanyak 19 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang dilaporkan di mana kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu empat (4) kes varian Delta (B.1.617.2) dan 15 kes varian Beta (B.1.351).

Labuan

“Kes baharu varian Delta (B.1.617.2) yang dahulunya dikenali sebagai varian India adalah sebanyak tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Labuan dan satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” kata beliau menurut siaran akhbar.

“Kesemua tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Labuan adalah jangkitan dari luar negara yang merupakan kes-kes dari kluster Layangan Labuan.

Manakala satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah jangkitan tempatan.

“Bagi 15 kes baharu varian Beta (B.1.351) yang dahulunya dikenali sebagai varian South Africa pula, sebanyak enam (6) kes dilaporkan di Johor, lima (5) kes di Kelantan serta masing-masing satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Melaka, dan Terengganu.

Kesemua kes adalah merupakan jangkitan tempatan.”Sehingga 4 Jun 2021, menurut Noor Hisham, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 138 kes.

Daripada jumlah yang dikesan tersebut,  122 kes adalah VOC dan 16 kes adalah VOI.

Jumlah kes Variant of Concern (VOC) yang dilaporkan adalah seperti berikut, iaitu:- varian Beta (B.1.351);- varian Alpha (B.1.1.7); dan- varian Delta (B.1.617.2).

Variant of Interest (VOI) yang dilaporkan pula adalah seperti berikut, iaitu:- varian Theta (P.3);- varian Eta (B.1.525); dan- varian Kappa (B.1.617.1).

“Untuk makluman, seperti yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik ini,” kata Noor Hisham.

“Oleh itu, amalan mengenali varian SARS-CoV-2 mengikut negara ianya mula ditemui akan dihentikan.” – Harian Ekspress

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *