Dipercayai Ketagihan Main ‘Online Game’, Budak 12 Tahun Dilapor Meninggal Dunia Akibat Gangguan Saraf

Gambar Hiasan

Seorang budak lelaki yang berasal dari Subang, Jawa Barat, Indonesia dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat gangguan saraf.

Menurut Tribun, budak lelaki yang berumur 12 tahun itu mengalami gangguan saraf kerana ketagihan bermain game online.

Budak lelaki tersebut dilaporkan mengadu sakit kepala yang teruk dan tidak dapat menggerakkan tangannya sebelum meninggal dunia.

Allahyarham difahamkan sangat suka bermain game online sehingga orang yang disekelilingnya menyatakan bahawa dia sudah menjadi ketagih bermain permainan itu.

Doktor yang memeriksanya mengesahkan bahawa budak itu meninggal dunia kerana gangguan saraf akibat radiasi dari telefon bimbitnya.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh Tribunjabar.id, budak itu dikatakan tidak dapat dipisahkan dari telefon bimbitnya kerana ketagihan bermain game online setiap hari.

Sertu Sugeng, Wakil dari pihak berkuasa Desa Salam Jaya, menyatakan bahawa sebelum kematiannya, dia telah dirujuk ke Rumah Sakit Siloam, Purwakarta.

“Menurut keterangan daripada pihak keluarga, budak itu telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di Rumah Sakit Siloam di Purwakarta pada bulan lalu kerana dia sering mengadu sakit kepala,” kata Sertu Sugeng.

Sugeng turut menyatakan bahawa berdasarkan hasil pemeriksaan doktor di Rumah Sakit Siloam, budak berusia 12 tahun itu mengalami gangguan pada bahagian saraf akibat radiasi.

Tambahnya, budak itu telah dimasukkan ke hospital selama dua minggu.

“Walaupun dirawat selama 16 hari, Allahyarham tetap tidak menunjukkan apa-apa perubahan.

Bahkan kaki dan tangannya tidak dapat digerakkan sama sekali, akhirnya dia telah dibawa pulang ke rumah,” kata Sertu Sugeng.

Walaupun keadaan Allahyarham menjadi semakin teruk, keluarganya terpaksa membawanya pulang dan meneruskan rawatan sebagai pesakit luar.

“Mungkin kerana keadaanya tidak beransur pulih, jadi dia telah dibawa pulang, tetapi tetap mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di RSU Siloam,” lanjutnya.

Meskipun telah menjalani rawatan sebagai pesakit luar, keadaan Allahyarham menjadi semakin parah sebelum dilaporkan meninggal dunia pada Selasa (23/2/2021). – Tribun News

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

9115