KOTA KINABALU: Pengusiran pendatang asing tanpa izin (PATI) diteruskan selaras dengan usaha kerajaan menghapuskan golongan itu dari negeri ini.
Hari ini, seramai 71 lagi PATI Indonesia diusir ke negara mereka menerusi Program Pengusiran Siri Kedua Tahun 2020.
Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, bilangan itu menjadikan jumlah keseluruhan PATI yang diusir mencegah 591,301 orang sejak tahun 1990.
“Ini adalah program pengusiran kedua tahun ini, selepas kita melakukan perkara yang sama membabitkan PATI dari Filipina pada 7 Januari lalu.
“MKN terus komited menjalankan tugas termasuk mengusir PATI di Sabah dari masa ke semasa,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terbabit dalam membantu menjayakan proses pengusiran Pati.
“Ini adalah tanggungjawab dan amanah yang diberikan rakyat Sabah dalam menangani kebajiran PATI di sini,” katanya.