Pendatang Tanpa Izin Terus Diusir, 562 Lagi Dihantar Pulang Ke Filipina

Antara pendatang tanpa izin (PATI) Filipna yang dihantar pulang ke negera asal mereka melalui Pelabuhan Sandakan – Gambar Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Pengusiran pendatang asing tanpa izin (PATI) diteruskan dalam usaha memastikan jumlah golongan itu dapat dikurangkan di negeri ini secara total.

Hari ini, seramai 562 lagi PATI warga Filipina diusir pulang ke negara asal selepas ditahan pihak berkuasa kerana tinggal secara haram di Sabah.

Antara pendatang tanpa izin (PATI) Filipna yang dihantar pulang ke negera asal mereka melalui Pelabuhan Sandakan – Gambar Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata, pengusiran itu dibuat dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan dan beberapa lagi agensi penguatkuasaan yang lain.

“Seramai 562 PATI Filipina diusir menjadikan tahun ini, 12,948 PATI telah dihalau manakala sejak 1990, seramai 590,972 PATI telah dihantar balik.

Antara pendatang tanpa izin (PATI) Filipna yang dihantar pulang ke negera asal mereka melalui Pelabuhan Sandakan – Gambar Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah

“MKN ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam menjayakan proses pengusiran PATI demi menunaikan amanah dan kepercayaan rakyat yang tidak ingin kebanjiran PATI di Malaysia khususnya Sabah,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Pengusiran itu adalah yang kedua dilakukan dalam tempoh seminggu apabila pada 10 Disember lalu, seramai 763 PATI Filipina dan Indonesia turut diusir.

Kerajaan negeri pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) sebelum ini menegaskan usaha menangkap dan mengusir PATI akan diteruskan demi kesejahteraan hidup rakyat Sabah.

Walaupun beberapa pemimpin politik cuba mengambil kesempatan dengan mempolitikkan isu PATI, namun kerajaan tetap menunaikan tanggungjawab agar masalah yang timbul sejak pemerintahan kerajaan terdahulu itu dapat diselesaikan.

2170